Wednesday, June 13, 2012

hatiku milikmu ( euro vs Hindustan )

Assalamualaikum dan selamat pagi semua,semangat untuk update dan membebel sebentar dalam blog yang suram ini hehe.Mesti sekarang semua demam Euro kan? haha.aku pun tak kurang gak sejak dua tiga menjak ne aku rajin lak layan bola .Terima kasih la kepada yang sudi ajar aku layan bola ne kalau tak sampai bila-bila aku malas nak layan kan hahaha.Game malam ne memang best,first game portugal vs denmark (pilihan aku mesti lah Portugal coz ada cristiano ronaldo haha).Lepas tu dalam pukul 2 lebih germany vs netherlands (ini aku tak pilih mana pun coz dua2 aku suka haha ) tapi yang menjadi pilihan aku mesti lah 'Malaysia' haha (sebenarnya aku tak tahu sangat pun pasal Euro ne,so aku memang minat semua la janji pemain2 handsome nampak tak bertapa 'demand nya' aku hahaha..layan kan jer la ek =p ).



Sebenarnya tujuan aku nak update ne coz nak kongsi lah sikit bertapa bestnya cerita hindustan yang aku duk layan malam ne tapi tersimpang lak cerita pasal bola dekat atas tu walaupun tak tahu sangat kan haha.Tadi cerita hindustan dekat tv2  'Rab Ne Bana Di Jodi' lakonan Shahrukh Khan dengan Anushka Sharma, mesti tak ramai yang tengok kan semangat betul nak tengok bola punya pasalkan ne.Aku laen la, depan aku ada dua tv haha..tv Sharp ne buka Hindustan dan tv Acer ( laptop ) buka online Euro so,dua-dua boleh layan kan puas hati hehe.



 
ini adalah antara lagu yang paling aku suka,kalau faham maksud lagu ne lagi menyusuk ke kalbu 
(ok yang menyusuk2 tu aku over,so abaikan jer la ek haha)
 

Sebelum ne penah jugak dengar kama pasang lagu ne tapi cerita ne aku tak penah tengok lah kot hehe (entah la aku dah tengok ker tak,da tgok kot tapi aku dah lupa hahaha ).Tapi serius cerita ne best ,unsur2 keTuhanan ada gak dan yang paling penting banyak memberi kesedaran.

Antaranye =) :

- Cinta lepas kahwin itu lagi best ok,serius sweet jer kalau tengok cerita-cerita 'cinta lepas kahwin ne'.Macam Ally Iskandar dengan Farah Lee tu..siap tetido2 depan laptop teramat lah sweet =)


- Sehebat mana pun cinta kita kepada seseorang itu tapi kalau Allah telah mengaturkan bahawa lelaki itu bukan suami itu dalam sekelip mata jer semua boleh berubah 'kunfayakun'.

- Pilihan ibu bapa itu adalah yang terbaik untuk kita sebab mak bapa kita terlebih makan garam dari kita so,lebih baik hargai pilihan mak bapa kita Insya'Allah itu adalah yang terbaik untuk kita (cehhh,padahal nanti aku yang terover2.tak nak dengan pilihan mak bapa aku ne hahaha )

- jangan menilai seseorang itu secara luaran kerana luaran itu tidak menjaminkan dan menjanjikan yang terbaik.Nilailah seseorang itu dengan 'mata hati' bukan dengan 'mata hantu' ( ok mata hantu tu aku over sikit terlebih tambah haha )

- hargailah insan yang sentiasa ada di samping kita,yang sentiasa menyokong kita.Walaupun dia bukanlah pilihan hati kita tapi cuba try selami dan buka hati untuk menerima kekurangnya 'kita saling melengakapi antara satu sama lain' (ok aku bebel haha )

- sentiasa dekatkan diri dengan Allah dan berdoa lah kepadaNya.Allah akan menjanjikan yang terbaik untuk hambaNya.
    
- Yang terakhir, andai kata hati kita was-was dan ragu-ragu buatlah solat istikharah,Insya'Allah Allah akan berikan jawapan yang terbaik untuk kita.






motif aku letak gambar ne coz aku suke sangat baju pengantin Fatin ne ,sopan gitewww
(selamat pengatin baru fatin semoga perkahwinan anda berkekalan till jannah)
 

'Kalau sekarang kamu sedang memperbaiki diri, insya'Allah jodohmu juga sedang memperbaiki diri dan kalau sekarang kamu      sedang menjaga hati, dia juga sedang menjaga hati'