Tuesday, February 25, 2014

Car Boot Sales

Assalamualaikum

Alkisahnya, pada 1,3,2014 ini aku dan budak-budak kelas akan mengadakan satu program yang diuruskan oleh kami sendiri iaitu 'Car boot Sale'. Sebenarnya bukanlah kami yang sepenuhnya yang handle project ni, kami hanya diarahkan untuk menguruskan keberjayaan program ini dan ianya adalah dibawah program 'Fakulti Ekonomi dan Pengurusan' dan kerjasama Alumni fep UKM. Tapi alumni itu adalah sebagai peserta je, staff ukm, pelajar FEP dan juga alumni akan buka jualan mereka tapi buka dekat bonet kereta je la, nama pun car booth sale kan hahahaha.

Mesti ramai orang pelik apa sebenarnya car boot sale ni????

Sebenarnya, car booth sale ni adalah satu jualan yang dilakukan oleh para penjual dan para penjual ini akan menjual barangan mereka dibelakang bonet kereta saja. No, boot ataupun khemah ok!! Kita akan berniaga menggunakan kereta je uolsss, jimat kan uolssss hahahahaha!!

Opss, lupa lak barangan yang kita jual adalah baju, seluar, novel, buku, barang-barang terpakai, makanan pun boleh dan yang penting yang boleh 'sumbat' dalam bonet kereta tu ah!! simple and easy kan haha.

So, pada hari sabtu ini, buat pertama kalinya budak-budak FEP ni akan buat car boot sale ni. Tak sabar sebenarnya haha. Good luck kengkawan semua dan semoga semuanya dipermudahkan, Amin :)

Jemput datang semua :)


Wednesday, February 19, 2014

Welcome back Kak Tonna haha :)


Assalammualaikum 


Happy welcome back!!! haha..macam lawak je sekian lama menghilang meninggalkan blog ni
firstly, 2013 maka berjaya la menamatkan kontrak dengan 'Universiti Teknikal Malaysia Melaka' dan pada 26 October 2013 yehhhhh!!! i berjubah u'olsss siap baling2 topi with the geng 12 hahaha..Tahniah kepada diri sendiri dan semua warga Utem (ok xpasal kan..lantang hahaha)

Terima kasih cinta hati semua datang jauh-jauh..my father terhilang kejap haha..next konvo wajib masuk gambar haha
                     
End of 2013, sebahagian daripada geng 12 termasuk aku sign kontrak pulak dengan 'Universiti Kebangsaan Malaysia' dan In sya' Allah first 2015 we'olllss akan menamatkan kontrak ini...yehhh then continue Phd!!!...

Opss..tu kerja dulu kot.. In syaa Allah kumpul harta dulu then, baru minta duit kerajaan balik pulak..lepas itu, In syaa Allah phd pulokkk da (hambiiiii, kau kak Tonna terlebih angan-angan kau nakkkk..xsalah kan hahaha)...lupa time kumpul-kumpul harta tu nak juga cari bakal suami, kot-kot boleh kahwin dulu ke hahaha (ok lempang diri jap sebab terlebih berangan-angan haha)

Udoooo la..kita sambung lagi la..itu pun kalau den rajin haha..Welcome back Ana je la hahaha

Tuesday, February 12, 2013

Burger bakar Abg Burn..Melaka mari!! :)

Assalamualaikum semua

Hambooii,entry kali ni sekali lagi berkaitan dengan makanan yang lazat,sedap sehingga menjilat jari (agak over disitue hehe). Hari itu before,semua balik bercuti setelah menghabiskan Program Glad, ktaowg pun telah meng' appreciate kan diri (broken englishh tul haha) dengan bershopping, berwayang-wayang dan yang paling best bermakan-makan (sebab itu la cik ana je la ni tembam hehe)

Setelah letih membasuh mata dekat jusco iaitu shooping kompleks yang paling dekat dengan rumah aku ni ah , perut pun memanggil2 krooooohhhhhh....Lapar!!!!! dan dengan sepantas dan tanpa berfikir panjang giteww ktaowg  pun decide untuk 'melantak' dekat Burger Bakar Abang Burn, tempat yang paling sweet dan ktaowg pun try la rasa burger bako tu, try then comment hehe

Sampai jer tanpa segan silu,terus order 3 biji Burger..ah,ambil kauuuu!!, melantak habisss ni (balik rumah sah membebel coz makan terlebih sudaaa haha). Tapi sebenarnye burger tu untuk 3 orang cik ana, cik matun dan cik Jah, ktaowg makan burger biasa, burger ayam chessse, dan burger daging bawang.

Dekat kedai ni, bukan ada burger jer..ada makanan goreng,sate dan yang paling best kedai ni betul-betul menghadap sungai Melaka so sambil makan boleh la cuci mata tengok mat salleh yang terlebih bersemangat naik 'River Cruise ' dan kite yang comel ni boleh la duk lambai2 kot dio berkenan ke haha (agak poyo di situ kan haha).

Tu dia..Burger Bakar Abang Burn :)



taraaaaahhh, tak habis2 dengan peace tu ah..again , peace!! :)



                       
Ni adalah makanan tambahan ktaowg..serius,daging tu memang terbaek...sedap!!! i like hehe


so, apa lagi jom try...tak rugi punya,harga pun berbaloi-baloi!! :)


Thursday, January 24, 2013

Sambut hari kelahiran kekasih hati :)



Yaa Nabi Salaam' alaika
Yaa Rasul Salaam' alaika
Yaa Habib Salaam' alaika
Salawaatu'llah 'alaika

(Selamat menyambut hari kelahiran Baginda Rasullullah S.A.W. Kita semua digalakkan untuk memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W)


Assalamualaikum semua..salam maulidur rasul, Alhamdulillah hari ini berjaya meraikan maulidur rasul dan tahun ni tahun last sambut kat melaka..In syaa Allah tahun depan kita sambut kat sabah lak ye opsss,entah2 sambut kat nogori hahaha (agak over di situu ye shazailaana hehe).

Sama seperti tahun-tahun sebelumnye,kitaorang awal pagi agi da menyiapkan diri untuk ke masjid Al-Azim,masjid yang paling dekat dengan rumah kitaowang hehe. (Yang penting niat adalah untuk menyambut hari kelahiran kekasih hati, Nabi Muhammad S.A.W)


Yang penting gambar itu mesti ada :).


semangat di awal pagi..menyempat ag kan tiang pun tiang la hehe ,peace :)


mereka-mereka yang ada..salam maulidur rasul, semua
(i jadi tukang snap tu pasai cantik bebenor gambo ni hehe )


Tuesday, January 8, 2013

Lokasi terbaik dating dekat Melaka :)

Assalamualaikum and selamat melayari kehidupan 2013 (weweeeiiiit,ayat aku terlebih power sudaa). First of all, selamat tahun 2013 and dengan bangganya aku mengisytiharkan tamat la kehidupan aku sebagai student suku akhir (maksudnya semster 7, so lagi satu sem lepas itu grad,ooo sungguh tidak sabar menanti hari itu hehe). Muka comel yang excited ni mesti la aku,nak tahu cerita disebaliknya..Jom,layan hehe :)

ni la dia muka Excited coz da leh makan...jemput makan semua 'Bismillahhirrahmanirahim',jom makan :)
(yang penting muka berseri-seri coz di'pancarkan dengan cahaya Ilahi (propa lebih haha)


Motif nak bercerita hari ini adalah ingin berkongsi sedikit tentang tempat yang ter'best' and ter'special' sekali untuk berdating (ayat nak propa jer kan haha) kedai macam gambar dekat bawah ni ah hehe, sebenarnya hari tu time study week kitaowg pergi la meng 'appreciate' kan diri dekat kedai makan yang santai gitewww :) (walaupun exam tu tak ambil ag kan over je nak appreciate kan diri haha , bosan punya pasal so apa lagi bejalan sakan la jawapnye hehe).

Ni la kedai tu..serius hari itu kita orang pgi memang ramai giler customer, so kesimpulannya makanan kat kedai ni memang sedap pun :)

kedai ni biasa je,dekat melaka gak,kedai ni macam warung2 giteww,macam-macam ada dekat kedai ni..karipap yang panas2,cendol,sate,otak2,western food pun ada jugak tapi yang paling special ialah 'Abc Tanjung'.Tapi orang cakap Nasi Lemak kat kedai ini sedap tapi hari tu kitaowg nasi lemak tu da habis so, tak dapat la kitaowg nak merasa huhu. Serius memang sedap gila abc kat ni, berbaloi dan sangat berbaloi, harga pun double berbaloi (ayat aku 'entah apa2 je' kalau ada cg Bm yang baca blog aku ni sah emosi, 'Sorry, cg'  haha).Dah la sedap murah lak tu hehe.Rasanye kalau tak silap nama kedai ni 'Tanjung' kot,kedai ni dekat area2 klebang ni sebelum nak masak ke pantai puteri nanti kita nampak la kedai ni :)..Aishhh,serius abc ni memang 'Terbaik' :) nak makan lagi!!!!!!!!!!!!!!!


Ini la dia 'Abc Tanjung' tu..memang sangat berbaloi-baloi, sedap rugi kalau tak try :)
handphone semua itu ada lah sekadar untuk 'Tayangan free' saja yang pasti telefon aku jer yang biasa2 je
 (alah telefon Nokia yang kita baling dekat anjing sah2 anjing tu yang mati haha)

 Da, tu jer la bye..Selamat bercuti semua and jangan lupa mai la datang Melaka 'Melawat Melaka bermakna melawat satu Malaysia' (ni bukan aku yang cakap ok, ni Menteri Melaka tu sendiri yang cakap, aku tukang promote jer coz aku duduk kat melaka haha)



Thursday, May 31, 2012

bila nak habis praktikal ni =)

Assalamualaikum semua,sekian lama menyepi dari dunia blog sebentar.Agak-agaknya ada tak orang rindu kan aku?haha sah-sah tak ada kan =).Tak apa lah janji kita semua happy dengan kehidupan sendiri.

Sejak berbulan-bulan ini memang rutin harian aku hanya la kehidupan sebagai seorang budak praktikal yang agak skema.Sebelum jam 9 pagi aku sudah meninggalkan rumah dan balik rumah sebelum jam 6,macam itu la kehidupan aku setiap hari kecuali sabtu dan ahad.Baik kan aku? tapi sebenarnya aku emosi dengan ne tapi 'sabar ana je la...sile sabar'.

Kalau tengok status facebook dan twitter kawan-kawan aku pasal praktikal ini,ada yang cerita betapa geram dan tension mereka menjalankan latihan praktikal ne tapi ada juga yang gembira (padahal aku la yang paling rajin mengeluh pasal praktikal ni  hahaha).Bagi aku,praktikal ne kekadang best juga tetapi kekadang tak best =), yang paling tak best time kerja datang dengan begitu banyak dan kerja itu terpaksa kita buat secara bersendirian geram tak geram tetap kita selesaikan da nama budak praktikal  kan so 'keterpaksaan' untuk meyelesaikan kerja tu perlu juga dilakukan.Aku memang skema dengan ayat-ayat ne semua haha =)

Sekarang dah 5 bulan aku menjalankan praktikal ne Insya'Allah lagi sebulan akan menamatkan status 'seorang budak praktikal', memang tak sabar nak habis nak tidur puas-puas (aku ne memang tak habis-habis dengan tidur aku ne hahaha). Apa-apa pun wahai hati sila bersabar ya, be are good person!!!!!

 

  ( BILA NAK HABIS PRAKTIKAL NE ) tu la ayat sebenar dan ayat harian aku!




Macam ini la aku kalau dah tension sangat dengan kerja dekat office!!!



Saturday, March 3, 2012

artissss jom heboh...

salam petang semua,bertemankan cuaca yang sangat mendayu2 ne mood menulis blog datang lak.padahal bosan yang teramat sudah,minggu ne cik mahfudzah tak balik melaka (fuza is my friend,dia ne sabar jer,layan perangai aku ne..tq lalink tapi rasanye dia xbaca kot blog aku ne haha,oppss to ct kamaliah and nurul artika miss u all wuhuhuhu)..tajuk entry pun dah nak over kan,sebenarnya jumpa zizan,iqram,aiman tu jer =)

minggu lepas,aku semangat nak pi buat pasport bajet nak g singapore tapi last-last tak jadi lak coz gambar tak bawah,smua benda tak prepare pun huhu..so setelah niat suci murni nak buat pasport tak menjadi so apa ag meyimpang lah gi 'JOM HEBOH and PC FAIR'...

jom lah layan gambar aku yang syok2 sendiri ne ah =)...ne la artisss jom heboh tu ah (ok sila muntah sekarang sooooo geli perasaan nak jadi artissssssssss....artis payung boleh la )

model untuk hari ne : ana je la and mahfudzah haha



ok tu la antara gambar artisss yang aku adoo 'tema gambar artiss adalah payung' haha..kan tak pasal...gi jom heboh tak sampai setengah jam pun,tengok zizan kt melodi pas tu balik,tahap kepanasan time tu yang buat aku tak tahan wuhuhu...btw,tq la kepada mereka-mereka yang ajak aku g jom heboh ne akhirnya tercapai gak nak gi jom heboh (ok ayat nak megelikan lak hahahaha)