Thursday, May 12, 2011
kita jmpa org yg salah ker?
salam and selamat pagi mereka,jom meneruskan hari-hari yang membosankan,bila nak keja ne atoiii..keja,keja..kemana keja ne meghilang hahaha...(sebnrnye aku yang malas nk cari keja hehe)
berbalik kepada title entry aku pada ari ne cehh hehe...pernahkan kita terfikir..jom,kita berfikir kejap ^_^
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas,asyik marah jer,bengis,mood sentiase tak seimbang atau sebagainya?)
Ataupun pakwe or makwe yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?(cehh,nsb aku xda pakwe jst ade 'bf' jer hehe)
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
sebenarnya kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.(termasuk gak perangai aku yang kkdgn tak betul gak,aisyak marah memanjang jer hehehehe)
namun kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.sehinggakan kita meminggirkan dia begitu jer dan menjadikan dia musuh (padahal aku selalu buat macam tu,lau xsuke terus xnk kwn haha), dan ade gak smpi memutuskan silaturrahim.emmm..manusia kan?sentiase penuh dengan ragam...
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
namun..percaya lah bahawa kita tidak akan bertemua orang yang salah.Ini kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita..Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
begitu juga dengan mereka yang kita temui sebagai seseorang yang 'special' dlm hidup kita,kerana Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah.Untuk kita belajar sesuatu darinya.Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ...semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
iaitu 'ALLAH S.W.T'
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
(sumber dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/2052-adakah-kita-bertemu-dengan-orang-yang-salah-.html)
k tu jer..
t kita update ag k
nice to meet u,u nice me?
=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
hihi makin cumil blog ko ana... :)
menyentuh hati bacer na...;))
huhu..kita kkdg leka ngn smua ne kn..smoga sem dpn kita akn sntise 'berbaek2' ek hehe
@ yuei..hehe biase2 jer..aku just nak blog yng simple jer hehe
berguna untuk masa depan Ana Je La,..:)
Post a Comment