Sunday, April 6, 2014

Kelantan Mari :)

Assalamualaikum

Beberapa minggu yang lepas dengan penuh excitednya aku telah menjelajah ke kelantan buat kali yang kedua..First dulu gi kelantan gi rumah kama (antara geng12) itu pun untuk attend majlis kahwin Kakak kama dan gi jejalan beberapa tempat juga lah Wakaf Che Yeh, Pasar Siti Khadijah, Alhamdulillah sekarang akak kama tu da ada 2 orang anak (Qayyum dan Rayyan)..ye la, 3tahun lepas memang la da lama kan hahaha

ok berbalik kepada percutian aku yang kali ke2 ke kelantan ni..kali ni banyak tempat yang aku pergi..nama pun berjalan-jalan kan hehe..Kitaorang bertolak dalam pukul 11 mlm, tumpang dengan orang kan so, follow je..perjalanan yang agak mencabar dengan tukang 'drive' yang memandu ala-ala 'memandu di litar sepang' haha..terima kasih 'Luaay' u are so 'hebat' hahaha..Sampai Kelantan keesokann paginya dalam pukul 11 pagi then, rehat dekat rumah Yana (antara geng12 juga). Petang tu pigi pasar malam pulak, dekat pasar malam tu..alamakkkkk!!! mata aku da terjuling-juling da tengok makanan kat situ..habisss diet mak, nakkk!! hahaha

Malam tu pulak, family Yana bawa ke 'Wakaf che yeh'..sekali lagi mata i ni 'berjuling-juling'..oooo tidak nak beli semua, baju, shawl, kasut, kain ahhhhh,semua la..mula la lagu 'Kalau aku kaya' berkumandang dalam kepala otak aku ni ah!! tapi apa kan daya cuci mata je la..PT, xdok hahaha..disebabkan orang yang agak ramai time tu so,kita orang pun balik awal lah..pening tengok orang hari cuti katakan hehe

Hari kedua, mula la edisi pelancongan yang sebenar hehe..Yana ngn mek Ira, semangat duk bahawa aku gi 'Rantau panjang'..fuuuhhhh, gi situ memang berantau-rantau duit melayang , sakit mata duk tengok barang-barang dekat situ..Murah-murah uolssss!!!, aku rasa macam nak rembat je semua bebarang kat situ da mula la berkumandang lagu 'Kalau aku kaya...hari-hari hari raya..kalau aku kaya!!!' habis rantau panjang hujan lebat dek dengar suara aku ni hahahaha (acaaahhh2 je hehe). Then, habis je shopping budak-budak ni bahawa aku gi makan dekat kedai makan yang jual macam2 soup, tak tahu la apa nama kedai tu tapi aku tgok macam 'bakso' je tapi dorang kata lain cikit, macam-macam daging kita boleh minta..tulang, hidung, perut, lidah, tengkuk ahhh,semua la bahagian daging tu..bagus orang-orang kelantan ni..sebab itulah mereka2 ni cantik dan kulit-kulit mereka gebu2 belako hahaha..Petang tu, kitaorang duduk dekat rumah je sebab semua da letih kan..esok nak gi berjalan lagi..so duk rumah je la..esok nak shopping lagi hahaha

Hari ketiga, pepagi lagi aku da semangat bersiap sedia sebab Yana cakap pagi tu ktaorang pi kilang tempat dia latihan industri dulu, sebab nak buat interview untuk assignment HR. Lepas tu, bershopping-shopping ke kota baharu :). Habis je, Yana bawa aku gi 'Bazar Tok Guru' time kat sini banyak dress, kain, telekung, makanan macam-macam ada hehe..rambang mata uolss, macam-macam aku duk beli..PT, da masuk time ni, sebelum tu gi cek duit 'Terima kasih Mara anda memasukkan duit tempat pada masanya hahahaha. Lepas dari situ, kitaorang gi Pasar Siti Khadijah bershopping, bermakan-makan dan bercuci-cuci mata. Beli la sedikit buah tangan untuk diri sendiri, family, kawan. Alhamdulillah puas hati!!! hahahaha

Petang tu, Yana bawa I gi pantai uolsss.. Gi main 'bot yang main kayuh2 tu, xtaw apa namanya hahaha. Lepas tu gi Pantai Sri Tujuh, serius pantai memang cantik, laut dia memang cantik gila da la bersih aishhh, kalau aku kahwin dengan orang Kelantan aku nak buat photoshoot dekat sini. Seriously, berbaloi dan kompom memang cantik (sila abaikan angan-angan mak jemaah aku ni, macam la ada orang kelantan nak dengan aku hahahaha). Tapi serius, rugi kalau gi kelantan tak gi pantai-pantai ni..sebelum ke kawasan ni,Yana bawa aku gi lalu kawasan perkampungan Siam, kawasannya memang menarik agak unik sedikit dengan sawahnya, tempat sembahyang dorang yang agak besar, terpersona i sebentar uolsss hehe.

Keesokannya, maka berakhir la percutiaan aku dekat kelantan ni. In syaa Allah kalau ada rezeki I datang lagi ye. I Love You KELANTAN :). Jom la tengok beberapa gambar percutiaan I ni ah hehe

Sabar tunggu drive hehe..Ni antara barangan ataupun teman sepanjang perjalanan ke Kelantan 'Alhamdulillah selamat pergi dan selamat kembali' :)


This area 'Rantau Panjang' barang seriously murah agak berbaloi kalau shopping dekat sini..Yang penting sila jaga mata dan sila penuhkan duit dalam dompet anda.Kalau tidak maka berkumandanglah lagu 'kalau aku kaya' wahahaha :)

 Ni adalah antara makanan yang aku paling suka masa dekat kelantan setiap kali keluar mesti cari benda ni iaitu 'ais krim Ali Baba'. Rindu nak makan lagi ;(
 Ni yang paling sedap sekali siap ada coklat. I like it!!, nak makan lagi..'Pak cik tolong pos kan untuk saya'. haha. Yang ni kitaorang makan dekat Rantau panjang ada je dekat tepi-tepi tu, RM2.50 je uolss, macam-macam ada dekat dalam tu, pulut pun ada, Sedap!! i bagi 5 bintang hahaha!! (muka comel ala-ala Nora Danish, lempang kang hahaha)

 Terima kasih Yana belanja ktorg. See, penyakit terkini sebelum makan kena ambil gambar dulu haha

 taraaaaa..muka excited dapat 'ais krim'.. nak lagi, nak makan weiiii huhuhu

See, ni la mee soup tu..Kalau dekat sabah lebih kurang 'Bakso' kot tapi yang dekat kelantan ni..letak daging. Serius sedap, baik untuk kesihatan hehe.


Beratur sebentar menunggu 'Sum Tam' ni :)


Taraaaaa..kalau da sampai Rantau panjang tu.Singgah la gi masjid Beijing ni ataupun nama sebenar masjid ni Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra. Struktur dan seni bina masjid ni memang unik dan sepenuhnya macam masjid china nama pun masjid Beijing kan hahaha


See Bazar tok Guru. Tempat ni serius best shopping lagi la kepada mereka-mereka yang nak buat majlis kahwin, kenduri2 ka sebab macam-macam kain ada dekat sini. Berbaloi kalau untuk memborong :)


OTW ke pantai. Kita merempit uolss haha. Bajet artiss kan,naik motor pun nak pakai cermin mata sampai pantai je semua orang tengok, malu then buka haha padan muka bajet sangat kan haha. Time ni lalu kawasan perkampungan siam :) (kepada adik-adik dan penunggang ataupun penumpang motorsikal jangan tiru aksi ini, mengambil gambar ketika menaiki kenderaan adalah merbahaya hahahaha)

Yehhh..peach yo, kayuh jangan tak kayuh hahaha..terima kasih  cik Monopod.comel dan clear je muka kitorg hehehe

Terima kasih Tumpat dan terima kasih rumah Tok Pengulu iaitu merangkap Abah Yana. Layanan super duper 5 star. Terima kasih belanja makan dekat luar, siap tengok bola dekat kedai makan lagi :)

Akhir sekali, terima kasih Ira dan Yana puas hati sangat jalan-jalan dekat Kelantan. macam-macam tempat kita gi, makan jangan cerita la kan habis diet time ni tapi xpe kita suka makan hahaha. In syaa Allah nanti turn korang kahwin Ana datang Kelantan lagi ea. Terima kasih uoolss :)

Oppss,lupa terima kasih juga untuk Tika dan Luaay sebab sudi bawa I naik kereta korang jimat duit tiket bas hahaha. Semoga urusan korang dipermudahkan, cepat-cepat kahwin aku nak gi Kelantan lagi hahaha. Maka, berakhir la percutian I dekat Kelantan. Terbaik la Kelantan, semua peramah tahu je I orang jauh (Sabah) semua duk semangat siap suggest tempat lagi untuk I gi jejalan pening Yana duk bawa aku haha. Btw, fun sangat dekat kelantan Jom melancong ke Kelantan. melancong dekat tempat sendiri dulu baru ke negara luar. Esok gi Japan yehhhhh, nanti kita cerita entry percutian kitorg dekat Japan ea.Doakan semua selamat. In syaa Allah Amin :)

No comments: