Monday, April 28, 2014

Otai terus berbisa vs. pesta buku berbisa :)

Assalamualaikum




Hai olss..mood nak mengupdate blog tetibe datang lak ni mesti kes exam pagi tadi..excited sangat nak jawapankan sampai terlepas satu point nak explain. Lain kali baca soalan tuk betul-betul ana je la jangan gopoh sangat!! haha..ah, abaikan semua tu eden nak bercerita pasal event we'olss minggu lepas.Tengok la entry first pun da terpacak gambar weolss yang excited sangat haha. Demi mengisi waktu lapang yang ada (lapang la sangat padahal assignment and test berlabak kot haha). Sabtu lepas ktorg ini join la program pelancaran novel baru Siti Rosmizah, siapa tak kenal penulis ni gi google sendiri malas nak explain pepanjang haha (padahal aku sendiri pun tak kenal, bajet je hahaha).

Muka excited semua haha..ahhh!!


Family potret haha
Aku, fatin, yana, seha, ira, najah dan matun adalah ahli-ahli yang pergi (tengok muka-muka semua kat atas najah je tak ada coz dia gerak dari rumah, ktorg ni dari hostel uolss) . Pepagi da semangat uolss, dalam kul 6.30 da siap-siap gi mandi tapi geraknya pun kul 7 lebih gak haha, biasa la perempuan kan hahaha. Setelah berhempas pulas menaiki bas, KTM akhirnya ktorang sampai gak dekat tempat yang di tuju iaitu dekat Seri Pacific Hotel dengan tema 'Otai berbisa 89-90 an. Tapi ktorang tak da la ambil port sangat tema tu ktorg main pakai je sampi je..hmmm, ramai je kot 'out of tema' haha so selamat :). Sampai je, terus gi makan berjam-jam uolss memang la lapar gilakk kan!! hahaha. Habis semua aku pedal, diet2 semua aku tolak tepi yang penting makan, nampak tak hahaha.

habis je makan, ktorg pun masuk dewan dan semangat semua duduk depan, betul-betul depan MC dan mc hari tu adalah kak Shira (Sharifah Shariah, gasakk ejaa nama dia pun salah malas nak google haha). Duduk depan tu, memang la mulut aku bisingkan kena pulak dengan shira tu, setiap kali aku bising memang dia dengar la tapi dia tak cam sangat pun sebab gelap kan (padan muka shira tu hahaha). Time pelancaran tu, memang penuh dengan 'gimik' la kan, artis-artis semua best, 'mat-mat' aka hero remaja yang handsome membuatkan aku and the geng enjoy sangat program tu. Dan benda yang paling best sekali ialah, time pemilihan pembaca bertuah tu, hero-hero ini telah memilih antara geng ktorg ni ah tapi bukan aku haha 'Ira'. Tahniah Ira tak sia-sia bangun awal kan hehe, Tahniah 'roomate' hehe. Majlis penutup of cos, lah dengan artis 'Mus' ok, memang feeling habis la aku duk dekat bawah dengar suara dia tu, rambut pun cantik haha.

Habis je pelancaran tu, kami ni pergi la 'Pesta Buku Antarabangsa' dekat PWTC tu sebelah je so singgah kejap la. Aku bukannya nak membeli buku pun nak jumpa artis je hahaha, sambil-sambil tengok buku juga la hehe. Tapi niat asal nak jumpa 'Fatin liyana' tu ah tapi tak jumpa booth karangkraf so tak dok rezeki kan. Tak pok la, jumpa artis lain pun boleh lah!! hahaha. Lepas dari sini, disebabkan perut da lapar sangat so,gi makan dekat sogo sambil-sambil boleh gi shopping hahaha.

Antara artis yang aku jumpa la, nampak sangat dia lagi kurus dari aku kan padahal da ade anak seorang hebat :)

my roomate yang kena paksa bangun awal haha, berbaloi kan menang pembaca bertuah lagi tu hehe


taraaa, i yang ambil mestilah cantik..1,2,3 senyum!! :)

Disebabkan gambar i tak ada kat atas, so nak juga letak gambar sendiri haha


Artis lagi. dekat belakang i tu pun artis juga. So try teka, siapa ka dia? kalau betul i belanja makan coklat!! hehe


Ok, kawan kita naik atas pentas..bersama-sama artis yang lain :)

Penulis novel tu, Siti Rosmizah.. Shima in the house uolss. Ira, serius macam tangga gambar ni  hahaha

budak kecik yang comel bersama hadiahnya. Lepas ni boleh guna untuk buat hantaran hehe



So, berakhir la cerita dongeng i ni.Enjoy sangat kan makan free kan hahaha. Lain kali kita cerita pasal percutiaan ke Jepun pulak ea. Bye la hahahaha :)



No comments: