Tuesday, February 12, 2013

Burger bakar Abg Burn..Melaka mari!! :)

Assalamualaikum semua

Hambooii,entry kali ni sekali lagi berkaitan dengan makanan yang lazat,sedap sehingga menjilat jari (agak over disitue hehe). Hari itu before,semua balik bercuti setelah menghabiskan Program Glad, ktaowg pun telah meng' appreciate kan diri (broken englishh tul haha) dengan bershopping, berwayang-wayang dan yang paling best bermakan-makan (sebab itu la cik ana je la ni tembam hehe)

Setelah letih membasuh mata dekat jusco iaitu shooping kompleks yang paling dekat dengan rumah aku ni ah , perut pun memanggil2 krooooohhhhhh....Lapar!!!!! dan dengan sepantas dan tanpa berfikir panjang giteww ktaowg  pun decide untuk 'melantak' dekat Burger Bakar Abang Burn, tempat yang paling sweet dan ktaowg pun try la rasa burger bako tu, try then comment hehe

Sampai jer tanpa segan silu,terus order 3 biji Burger..ah,ambil kauuuu!!, melantak habisss ni (balik rumah sah membebel coz makan terlebih sudaaa haha). Tapi sebenarnye burger tu untuk 3 orang cik ana, cik matun dan cik Jah, ktaowg makan burger biasa, burger ayam chessse, dan burger daging bawang.

Dekat kedai ni, bukan ada burger jer..ada makanan goreng,sate dan yang paling best kedai ni betul-betul menghadap sungai Melaka so sambil makan boleh la cuci mata tengok mat salleh yang terlebih bersemangat naik 'River Cruise ' dan kite yang comel ni boleh la duk lambai2 kot dio berkenan ke haha (agak poyo di situ kan haha).

Tu dia..Burger Bakar Abang Burn :)



taraaaaahhh, tak habis2 dengan peace tu ah..again , peace!! :)



                       
Ni adalah makanan tambahan ktaowg..serius,daging tu memang terbaek...sedap!!! i like hehe


so, apa lagi jom try...tak rugi punya,harga pun berbaloi-baloi!! :)


Thursday, January 24, 2013

Sambut hari kelahiran kekasih hati :)



Yaa Nabi Salaam' alaika
Yaa Rasul Salaam' alaika
Yaa Habib Salaam' alaika
Salawaatu'llah 'alaika

(Selamat menyambut hari kelahiran Baginda Rasullullah S.A.W. Kita semua digalakkan untuk memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W)


Assalamualaikum semua..salam maulidur rasul, Alhamdulillah hari ini berjaya meraikan maulidur rasul dan tahun ni tahun last sambut kat melaka..In syaa Allah tahun depan kita sambut kat sabah lak ye opsss,entah2 sambut kat nogori hahaha (agak over di situu ye shazailaana hehe).

Sama seperti tahun-tahun sebelumnye,kitaorang awal pagi agi da menyiapkan diri untuk ke masjid Al-Azim,masjid yang paling dekat dengan rumah kitaowang hehe. (Yang penting niat adalah untuk menyambut hari kelahiran kekasih hati, Nabi Muhammad S.A.W)


Yang penting gambar itu mesti ada :).


semangat di awal pagi..menyempat ag kan tiang pun tiang la hehe ,peace :)


mereka-mereka yang ada..salam maulidur rasul, semua
(i jadi tukang snap tu pasai cantik bebenor gambo ni hehe )


Tuesday, January 8, 2013

Lokasi terbaik dating dekat Melaka :)

Assalamualaikum and selamat melayari kehidupan 2013 (weweeeiiiit,ayat aku terlebih power sudaa). First of all, selamat tahun 2013 and dengan bangganya aku mengisytiharkan tamat la kehidupan aku sebagai student suku akhir (maksudnya semster 7, so lagi satu sem lepas itu grad,ooo sungguh tidak sabar menanti hari itu hehe). Muka comel yang excited ni mesti la aku,nak tahu cerita disebaliknya..Jom,layan hehe :)

ni la dia muka Excited coz da leh makan...jemput makan semua 'Bismillahhirrahmanirahim',jom makan :)
(yang penting muka berseri-seri coz di'pancarkan dengan cahaya Ilahi (propa lebih haha)


Motif nak bercerita hari ini adalah ingin berkongsi sedikit tentang tempat yang ter'best' and ter'special' sekali untuk berdating (ayat nak propa jer kan haha) kedai macam gambar dekat bawah ni ah hehe, sebenarnya hari tu time study week kitaowg pergi la meng 'appreciate' kan diri dekat kedai makan yang santai gitewww :) (walaupun exam tu tak ambil ag kan over je nak appreciate kan diri haha , bosan punya pasal so apa lagi bejalan sakan la jawapnye hehe).

Ni la kedai tu..serius hari itu kita orang pgi memang ramai giler customer, so kesimpulannya makanan kat kedai ni memang sedap pun :)

kedai ni biasa je,dekat melaka gak,kedai ni macam warung2 giteww,macam-macam ada dekat kedai ni..karipap yang panas2,cendol,sate,otak2,western food pun ada jugak tapi yang paling special ialah 'Abc Tanjung'.Tapi orang cakap Nasi Lemak kat kedai ini sedap tapi hari tu kitaowg nasi lemak tu da habis so, tak dapat la kitaowg nak merasa huhu. Serius memang sedap gila abc kat ni, berbaloi dan sangat berbaloi, harga pun double berbaloi (ayat aku 'entah apa2 je' kalau ada cg Bm yang baca blog aku ni sah emosi, 'Sorry, cg'  haha).Dah la sedap murah lak tu hehe.Rasanye kalau tak silap nama kedai ni 'Tanjung' kot,kedai ni dekat area2 klebang ni sebelum nak masak ke pantai puteri nanti kita nampak la kedai ni :)..Aishhh,serius abc ni memang 'Terbaik' :) nak makan lagi!!!!!!!!!!!!!!!


Ini la dia 'Abc Tanjung' tu..memang sangat berbaloi-baloi, sedap rugi kalau tak try :)
handphone semua itu ada lah sekadar untuk 'Tayangan free' saja yang pasti telefon aku jer yang biasa2 je
 (alah telefon Nokia yang kita baling dekat anjing sah2 anjing tu yang mati haha)

 Da, tu jer la bye..Selamat bercuti semua and jangan lupa mai la datang Melaka 'Melawat Melaka bermakna melawat satu Malaysia' (ni bukan aku yang cakap ok, ni Menteri Melaka tu sendiri yang cakap, aku tukang promote jer coz aku duduk kat melaka haha)