Hari first, kami sampai langkawi terus naik Cable car. Sampai airport jak, dapat kereta maka berjalan tanpa henti, round punya round jumpa lah tempat cable car ni ,nampak tak unplanningnya tu haha (ok penggunaan bi aku hancccuusss sorry pencinta bahasa englishhh). Lepas tu, baru pi cari rumah dan akhirnya kami dapat area pantai Cenang dengan sewa 50ringggit 1 hari (murah kan duduk dalam tu 5 orang memang jimat gilak kan). Lupa pulak, homestay ni siap ada aircond, katil king dan dia bagi 2 tilam ahhh.. memang berbaloi gilak kan tapi aku lupa lak nama homesty tu memang area pantai Cenang tu je la. (follows terbaik katakan haha)
Hari kedua, adalah hari membasahkan diri maksudnya mandi laut dan air terjun. Seawal pagi kami tunggu orang yang nak bawah kami ke jeti Island Hopping, sampai sana jak kami pigi la jelajah ke 3 pulau yang ada dekat Langkawi tu Dayang Bunting, beras basah, Pulau helang (suka hati aku jak kan,Pulau helang sangat sebenarnya aku lupa nama pulau tu haha so main hentaammm jak labuuuu wahaha). Habis je dari island tu, rasa memang tak puas sebab tak dapat mandi laut tu kan dengan baik hatinya kami ke air terjun telaga tujuh langkawi (tempat ni memang best, dengan air terjun yang sejuk dan best tapi kena hati-hati la kawasan dia macam curam sikit nak naik atas tu memang letih tapi dapat mandi je dekat kawasan air terjun tu seriusssss, best..nampak tak aku over excited hahaha). Petang pulak, kami pi pantai area airport sesambil menikmati laksa, cucuk-cucuk, air kelapa (tapi laksa Langkawi tak sempat nak merasa sebab time tu da habis, memang tak ada rezeki la kan huhu). Malam tu semua penat dan tidur awal sebab excited yang melampau-lampau disiang hari.
Hari ketiga pulak adalah hari shopping. Kami pi Pekan Kuah, pi Kedai Haji Ismail dan Idaman Suri. Haji Ismail tu memang tempat shooping coklat, habis kami pi borang macam-macam coklat , siap shopping bagasi lagi ambil kau!!. Idaman Suri khas untuk kaum wanita dan juga pencinta barangan dapur atau perhiasan rumah, time ni aku tak shooping sangat tengok budak-budak ni shopping je sebab Sabah tu jauh sangat kan, nak pos barang-barang kaca ni takut pecah lak nak hantar balik aishhh, semata-mata kan maka, temankan kawan-kawan je la..semangat aku tengok mereka-mereka ni beli barang dapur untuk mak, bakal mentua dan untuk koleksi peribadi la macam-macam ada haha!!. Malam tu, kami shopping area Cenang je sebab kalau da malam memang area situ memang penuh dengan Mat & Minah Salleh dan kedai-kedai kat situ pun buka macam-macam souvenir ada, so boleh lah shopping untuk kali terakhir sebelum esok balik kan :).
Jom la, layan gambar-gambar kami ni ah.
Jom terbang ke Langkawi haha (lokasi pantai Cenang)
Naik cable car untuk hari bukan cuti maksudnya isnin sampai jumaat RM20, kalau weekend tak tahu la berapa.Then harga untuk warga tempatan dengan luar negara beza jugak.
Time ni Tuhan je tahu perasan aku..aku sememangnya penakut, gayat dan sepanjang naik cable car ni aku jak over menjerit (tapi tak da la nak over sangat, time dia nak sampai dekat atas tu je takut gila nasib baik kami berlima je dalam cable car tu sebab dalam satu cable car boleh naik 5 atau 6 orang,kalau tak memang malu la aku kan). Sepanjang naik cable car ni memang aku tak tengok bawah terutamanya time cable car tu turun bawah da,seram ok tapi Tahniah kepada diri sendiri dapat naik jugak akhirnya haha..lepas ni boleh la aku berlagak depan anak2 aku, kau over tak habis2 hahaha)
ok setiap kali sampai atas ada stesen yang kita boleh lepak2 boleh la selpiee2 kan,buat kenangan tunjuk dengan orang kampung haha kau over ana je la!! Muka aku sentiasa over sebab tak tahan panas padahal dekat semporna tu lagi panas macam tak biasa jak aku ni,sila cubit muka sendiri, mengada lelebih hahaha.
Yehhhhh..mak bapakkk, kami sampai sudahh!!pemandangan dekat atas memang cantik gilakk.Bebbb..gua tell sama luuu la ahh, kalau luu sampai Langkawi wajib naik cable car ok!! haha
macam comel jak kengkawan i ni..haruslah comel kan.Ok gambar buat kenangan yang menunjukkan kami da sampai cable car (nak over selalu je aku ni,hadooo ku kisahhh, ni untuk anak cucukk aku akan datang, boleh la berlagak depan durang nanti haha)
ok chomell lagi..i tukang snap je,sebab tu view gambar ni cantik haha
Petang tu lepas da dapat rumah dan siap mandi2 semua, petangnya kami buat lawatan ke makam Mahsuri pulak..masuk sini kena bayar RM10, boleh la tengok makam mahsuri, tengok pewaris yang ketujuh mahsuri. Tengok2 kawasan rumah,koleksi peribadi Mahsuri dalam kenangan kot, merasa air Telaga mahsuri. ok wajib la korang masuk kalau nak tengok semua ni :)
Al-fatihah, Allahyarhamah Mahsuri bt. Pandak Mayah.
Antara tempat-tempat best yang ada dekat dalam ni la. So boleh la, selpieee lagi. Simpan buat kenangan :)
Telaga mahsuri pun aku sempat selpiee..kekonon ambil air la tu padahal suruh kawan snap, nak candid haha..aku siap basuh muka guna air ni,serius sejuk gila macam air yang baru keluar dari peti sejuk,fresh kau..yang penting aku siap minum air tu, kekonon nak chantikkkk tapi hancuuuuss lagi tak apa bersyukur dengan apa yang ada (dalam hati aku nak jugak muka flawless nak macam dato CT haha over lagi ;P)
Petang tu,kami pi usha2 sekitar kawasan pantai chenag tu..nak cari orang yang boleh bawah kami pi Island Hopping tapi semua hampehhh..semua macam nak menipu je,ada mahal ada yang macam lelebih je mentang2lah kami ni perempuan je mula la tu (ok over lagi haha). Akhirnya, kami ikut je pak cik yang dekat homestay kami tu sebab pak cik tu macam baik sikit, so kena bayar RM30 untuk seseorang pigi ke tiga pulau tu .
Ok..menyempat lagi..sementara tunggu pak cik tu maiii hambill kami..ok dekat atas tu pun boleh contact kalau nak guna service mereka tapi kena pandai-pandai deal harga la kan,kekadang mereka ni over jugakk biasa la 'win win situation' ahh,kauu perumpamaan aku nak over jugak,lantak!!
Dekat atas tu, rumah yang kami duduk,kami ambil bahagian bawah sebab tu paling murah nak percutian budget kan tak apa la janji selesa kan. Nak pi mana-mana pun senang sebab dekat. Yang belah kiri ni pulak, kereta yang kami sewa untuk 4 hari RM210 so, bahagi 5orang murah kan (aku tak ingat owner ni sebab kawan-kawan aku yang urus semuanya aku follow je, janji aku mai Langkawi 'holiday' bilang hahaha)
Island Hopping yang kami pigi adalah berjalan-jalan ke tiga Pulau di Langkawi. Pulau Dayang bunting yang paling atas sekali, datang situ boleh mandi laut tapi kami tak berani mandi sebab semua tak reti berenang so, rendam2 kaki je la yang mampu. Second, aku tak tahu nama pulau tu aku mai bantaiii je Pulau Helang sebab kami datang situ tak turun pun just tengok helang, helang ni ada tiga jenis putih, hitam dan oren kalau tak silap la tapi aku tengok sama je hahaha, aku over lagi!! haha. Pulau yang ketiga adalah Pulau beras basah, aku pun tak tahu kenapa orang panggil beras basah tapi laut kawasan ni memang cantik dengan pasir yang cantikk, dengan mat salleh dan minah sallehh,sakit mata aku hahahaha. Ok wajib datang ok!!
#peringatan setiap pulau ni memang banyak kera/ species monyet. Kena hati-hati dengan barang sendiri..mereka ni tak kisah apa pun kalau mereka datang nak bantaiii..handphone pun durang berani kidnap, so sila hati-hati.Kalau ada makanan kena letak dalam tempat yang selamat dan jaga diri anda :)
Tak puas dekat kawasan laut,kami sambung mandi-mandi dekat air terjun tujuh langkawi pulak.Hambilll kau macam tak nak naik jak tapi disebabkan hujan dan hari pun makin nak petang so, balik la.Bye air terjun haha
Malam tu kami jalan-jalan dekat Warisan sebelah underwater world , tengok-tengok coklat murah, sebelum tu kami singgah beras tebakar nak shopping tapi tak sempat kedai da tutup bukan rezeki kami lagi tu la lama sangat berendam dekat air terjun tu.
Hari ketiga kami shopping, dari Haji Ismail sampai ke Idaman suri semangat kengkawan aku ni shopping tak apa yang penting anda berpuas hati hehe.
Lepas penat shopping kami jejalan pulak sekitar jeti langkawi ni. Nak buat kenangan wajib la pi tempat-tempat yang boleh selpiee kan. Taraa, legenda langkawi dan taman legenda langkawi. Ok mereka comel,bye!
Sampai Langkawi kalau tak pigi Dataran Langkawi ni memang bukan melawat Langkawi la tu namanya. Terima kasih Langkawi terima kasih akak yang tolong snap gambar kami ni.Lain kali aku datang Langkawi lagi yeh dengan laki aku pulakk lah In syaa Allah (tak habis2 aku berangan kan hahaha).